Bismillahirrahmanirrahim.
Day 6 - 18 February 2024 - Sunday
At 8:00 - Panorama and walking tour of Sarajevo. Free time till 11:00. Proceed to Mostar. Arrival in Mostar and city tour, visiting the Old Bridge (UNESCO). Free afternoon in Mostar. Transfer tu Neum. Dinner and overnight.
Sebelum ke kota Sarajevo, kita sarapan dulu di Hotel Exclusive.
Seperti biasa, Amie dan Kamsiah akan turun ke lobi lebih awal sebelum waktu sarapan pada pukul 7 pagi. Sudah tentulah dengan mengheret bagasi bersama-sama. Ambil gambar dahulu di pintu masuk dewan makan. Amie hanya bawa tiga helai baju sejuk sahaja. Itulah yang dipakai berulang kali sepanjang 10 hari berada di Balkan. Amie bawa juga Long Johns (pakaian dalam haba atau lapisan asas lapisan penebat tambahan yang membantu mengekalkan haba), tapi tidak pernah Amie pakai sampailah dibawa balik semula ke tanah air. Walaupun musim sejuk, tetapi tidaklah terlalu sejuk seperti sewaktu kami bermalam di Tasik Dal di Kashmir dan di Pahalgam. Di sana sejuknya sampai ke tulang sum-sum! Heater yang dipasang pun tidak dapat menampung rasa sejuk yang teramat sangat! Amie ingat lagi, selain pakai Long Johns, pakai baju sejuk, pakai sarung tangan dan kaki, pakai lagi telekung dan meringkuk dalam selimut.
Pokok dalam pasu ini di pintu masuk ke dewan makan ini kelihatan subur menghijau.
Baju sejuk yang Amie pakai ini Amie beli di Pokhara sewaktu mengembara ke Nepal pada tahun 2019. Amie tertarik dengan warna dan corak bunga yang disulam tampal dengan jahitan tangan. Kainnya tebal dan berat.
Sekarang jam sudah menunjukkan angka tujuh pagi. Mari kita masuk ke dewan makan untuk sarapan.
Pelbagai jenis keju boleh dipilih untuk dinikmati dengan roti dan sosej yang disediakan.
Telur Hancur |
Sausages. |
Kali ini hidangan salad tidak semeriah seperti di hotel sebelumnya. Hanya ada hirisan timun dan tomato sahaja.
Yogurt, buah zaitun jeruk, jem strawberi dan coklat. |
Nampaknya tiada juga pilihan roti. Hanya sejenis ini sahaja. |
Keju & Chicken Slice |
Corn Flakes & Muesli |
Buah Epal |
Hidangan sarapan yang Amie ambil. |
Meriahkan sedikit taman di piring dengan hirisan timun, tomato, yogurt, keju, chicken slice, buah kiwi dan jeruk buah zaitun hijau dan hitam. |
Ambil sedikit corn flakes dan muesli, rendam dalam susu segar. |
Tidak ketinggalan ambil buah epal. |
Jus oren Amie punya, jus epal Kamsiah punya. |
Selamat bersarapan. |
Bergambar di luar Hotel Exclusive.
DINITA sudah lama menanti!
Masa untuk meninggalkan Hotel Exclusive.
Be Happy!
Pokok apalah namanya yang serupa hantu jerangkung di malam hari!
Gambar bangunan yang diambil dari dalam bas pada 18 Februari 2024. |
Tidak lama kemudian, bas tiba di ibu negara Bosnia Herzegovina iaitu Sarajevo. Ketika ini terpandang bangunan yang seolah-olah pernah dilihat sebelum ini. Amie tangkap gambar sahaja dan sewaktu menulis entri ini Amie buka entri lama :BOSNIA AND HERZEGOVINA (3) : MENYUSURI SUNGAI MILJACKA.
Akademy of Fine Arts |
Gambar bangunan yang sama diambil pada 13 September 2016 - hampir 7 tahun yang lalu! Bezanya ketika itu Ambil gambar dalam keadaan santai sambil berjalan perlahan-lahan menyusuri tepian Sungai Miljacka tetapi kali ini ambil gambar dari dalam bas.