Ahad, 15 Mei 2011

Kerabu Peria

Suami Amie suka sangat makan kerabu peria. Biasanya, habis diratah begitu saja. Hari ini, sementara si dia pelum pulang, Amie sediakan untuknya kerabu kegemarannya itu... sebab asyik disebut2 saja kerabu peria yang dimakannya semasa makan malam di rumah kakaknya (kakak ipar Amie) 3 hari lepas. Cuma Amie tak ikut 100% kerabu peria kakak ipar, sebab Amie tambah udang kering dengan bunga kantan.


Bahan-bahannya:



 Kalau tak suka rasa pahit, pilihlah peria yang berwarna cerah...orang kata rasanya kurang pahit. Apapun sebenarnya yang pahit itu jadi ubat ye.... wokey, Amie senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kerabu peria ni...
1 biji peria (buang kulit dan hiris nipis - jika suka perap dengan sedikit garam dan ramas2 - kemudian bilas)
1/2 cawan udang kering (rendam - tumbuk kasar)
2 biji lada hijau (hiris)
5 biji cili padi (hiris)
1 labu bawang besar (mayang)
1 kuntum bunga kantan
3 biji limau kapas (ambil airnya)
1/2 sudu garam
2 sudu gula



Inilah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kerabu peria. Caranya mudah sahaja.... campur kesemua bahan dalam satu bekas. Gaul bersama gula dan garam, dan perahkan air limau kapas. Biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum dihidangkan. Kalau rajin makan kerabu peria ni, insya-Allah bersih perut sebab lepas makan kena 'cuci' perut. he he he.... banyak khasiat peria tau. Misalnya, boleh mengurangkan kandungan gula dan darah dan air kencing terutama kepada pengidap penyakit diabetes. Daunnya pula berkesan untuk merawat buasir. Jus peria dikatakan boleh mengatasi masalah masalah darah kotor seperti bisul, kudia buta dan gatal-gatal. Dan satu lagi.... katanya peria juga boleh membantu menyelesaikan masalah penagih alkohol!

Tiada ulasan: